<

Eksplorasi Gua

Malaysia adalah rumah kepada sejumlah besar gua, termasuk beberapa yang terbesar dan terpanjang di dunia. Gua ini adalah terletak di dalam hutan hujan dan paya bakau yang kaya, menyediakan tempat perlindungan kepada hidupan liar yang menakjubkan.

Kebanyakan gua di Malaysia dilengkapi dengan platform dan denai. Walau bagaimanapun, sesetengahnya hanya boleh dihubungi menggunakan bot atau memerlukan pelawat untuk meredah dan merangkak kawasan tertentu ke gua.Terdapat gua yang terkenal dengan tapak arkeologi yang mempunyai artifak berusia 40,000 tahun sementara yang lain mengandungi lukisan dinding purba yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Batu Caves di Selangor mengandungi kuil Hindu, yang masih lagi menjadi tarikan kepada penyembahnya dari seluruh negara. Juga terdapat tinggalan kubur manusia yang dijumpai di gua-gua di Sabah.

Beberapa gua di Malaysia memberi sokongan kepada industri sarang burung di mana para pengumpul sarang burung membuat pendakian yang merbahaya sehingga ke siling gua menggunakan tangga buluh. Sarang burung ini dibuat daripada air liur burung dan mendapat harga tinggi untuk tujuan perubatan. Gua Malaysia juga merupakan rumah kepada kelawar buah, burung layang-layang dan haiwan invertebrata di samping lain-lain tarikan alam semulajadi seperti stalagmit dan stalaktit yang banyak. Seperti kebanyakan lain-lain penjelajahan alam semula jadi, konservasi stalagmit, stalaktit dan kesemua hidupan liar gua adalah sangat penting.

Walaupun ekspedisi-ekspedisi utama telah dijalankan, banyak terdapat gua yang belum lagi diterokai sepenuhnya, menarik minat peneroka yang sentiasa mencari cabaran. Ekspedisi gua biasanya mengambil masa sehari, walaubagaimanapun pelawat boleh memilih untuk bermalam. Kem perkhemahan tidak dibenarkan di dalam gua tetapi bilik-bilik tumpangan biasanya boleh didapati di kawasan sekitar. Bagi sesetengah gua, permit penerokaan adalah diperlukan. Ianya boleh didapati daripada jabatan perhutanan negeri yang berkenaan.

Fotografi bercahaya flash adalah dilarang kerana ia akan menakutkan hidupan dalam gua. Sentiasa berwaspada dengan kemungkinan terserempak dengan binatang bahaya seperti ular dan kala jenking.