<

Memerhati Burung

Dari hutan paya bakau yang berlumpur sehingga ke banjaran gunung berkabus, kepelbagaian landskap tropika di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada beratus-ratus spesies burung. Lokasi negara yang terletak di laluan penghijrahan burung Australasia, juga menjadi tuan rumah kepada 120 atau lebih burung-burung hijrah. Sehingga lebih daripada 600 spesies dapat dilihat di Semenanjung dan lebih kurang 580 spesies di Borneo Malaysia, semuanya boleh dikunjungi dengan mudah di taman-taman dan hutan-hutan simpan, tidak hairanlah Malaysia telah muncul sebagai syurga bagi para pemerhati burung.

Separuh daripada keluasan tanah di Malaysia dilitupi oleh hutan hujan dan tanaman. Dengan kepelbagaian habitatnya, terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan untuk hidupan burung di negara ini. Hutan hujan Malaysia biasanya dibahagikan kepada tiga jenis habitat yang tersendiri: pantai pesisir hutan bakau, hutan hujan tanah pamah dan hutan tanah tinggi.

Eko-sistem hutan paya bakau, di mana air masin bertemu air tawar di pesisir pantai, adalah rumah kepada burung-burung seperti Raja Udang. Hutan hujan tanah pamah, termasuk hutan paya air tawar, hutan tanah gambut dan hutan dipterokarp bukit, masih menjadi habitat yang paling luas bagi lebih daripada 200 burung, termasuklah Burung Botak dan Merpati Hijau Imperial.

Hutan tanah tinggi biasanya terdapat pada ketinggian 900 meter, di mana spesies seperti Burung Merak Kuang Gunung dan Burung Mata Hitam Gunung membiak di tempat sejuk, bercuaca lembab dan berpokok renek di kawasan tinggi.

Walaupun setiap habitat memberikan pengalaman yang lengkap dan terbaik bersama burung, adalah tidak susah untuk melawat beberapa tempat di zon ekologi yang berbeza untuk menikmati kepelbagaian hidupan burung.

Alamilah kepelbagaian burung-burung eksotik yang cantik serta menakjubkan, mengambil gambar dan mempelajari tentang hidupan yang dicemburui ini. Dapatkan maklumat lanjut tentang burung di Malaysia atau pemerhatian burung di Genting Highlands.