<

Amalan dan Adat

Malaysia umumnya sebuat negara yang tenang dan aman. Namun, kami juga mempunyai adat tersendiri dan pelawat seharusnya mematuhi amalan ini sebaik tiba. Beberapa amalan dan adat yang biasa adalah seperti berikut:
  • Walaupun berjabat tangan secara umumnya diterima oleh kaum lelaki dan wanita, sesetengah wanita Muslim mungkin hanya memperkenalkan diri kepada lelaki dengan mengangguk dan senyum. Berjabat tangan hanya boleh jika dimulakan oleh wanita itu. Cara memperkenal diri atau salam menyerupai berjabat tangan tetapi dengan dua tangan dan tanpa genggaman. Lelaki itu akan menghulurkan kedua tangan, menyentuh sedikit tangan rakannya yang dihulurkan, dan membawa tangannya ke dada yang membawa maksud "saya memberi salam dari hati saya". Pelawat pula perlu membalas salam tesebut.
  • Adalah sopan untuk menelefon sebelum melawat seseorang.
  • Kasut mestilah sentiasa ditanggalkan semasa memasuki rumah orang Malaysia.
  • Minuman biasanya dihidangkan kepada tetamu. Adalah sopan untuk menerimanya.
  • Tangan kanan sentiasa digunakan semasa makan, dan juga apabila memberi dan menerima objek.
  • Jari telunjuk kanan tidak digunakan untuk menunjuk tempat, objek atau orang. Sebaliknya, ibu jari tangan kanan dengan empat jari lain digenggam adalah digalakkan.
  • Kasut mesti ditanggalkan semasa memasuki kawasan ibadat seperti masjid dan kuil. Beberapa masjid menyediakan jubah dan skaf untuk pelawat wanita. Mengambil gambar di tempat ibadat biasanya dibenarkan tetapi sentiasa minta izin dahulu.
  • Minum ucap selamat tidak biasa dilakukan di Malaysia. Populasi Muslimnya yang besar ini tidak meminum alkohol.