<

Pulau Kapas

Kira-kira 6km dari pantai Marang, terletak Pulau Kapas, sebuah pulau yang terkenal dengan pantainya yang memutih, air laut yang jernih dan lambaian pohon palma.

Pulau Kapas terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot biasa atau 10 minit dari jeti Marang menggunakan bot laju, 20 minit ke selatan Kuala Terengganu.

Agak terpencil dari kesibukan tanah besar, pulau ini tempat terbaik untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

Pulau kecil ini sebuah pulau yang cantik, sunyi dengan pantai yang bersih; air laut jernih membiru, pepohon kelapa yang melambai dan gua dengan sarang burung layang-layang. Perairannya menjadi habitat kepada ikan, penyu, terumbu karang dan lain-lain.

Jadikan pulau ini destinasi yang harus dilawati terutamanya kepada peminat sukan menyelam dan skuba untuk menikmati keindahan terumbu karang dasar laut, ikan, kerang-kerangan dan penyu.

Persekitaran yang tenang memberi sebab untuk anda berehat. Jika anda ingin lakukan sesuatu, terdapat banyak aktiviti untuk anda cuba.

Buat pilihan anda: menyelam, berenang, snorkel, luncur angin, berkayak, menaiki bot dan memancing.

Pelbagai jenis penginapan tersedia dari chalet bajet hingga mewah dengan penghawa dingin atau kipas.
Papar Peta