<

Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian Island dan Pulau Redang. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa 30 minit dari jeti Merang. Menurut penduduk tempatan, nama Lang Tengah diambil sempena nama 'Lang' atau burung helang, dan tengah. Oleh itu, Lang Tengah bermaksud helang yang berehat di tengah pulau.

Pulau ini sangat kecil. Perjalanan mengelilingi pulau dengan bot mengambil masa 10 minit. Pantainya sempit dengan daratan yang terhad. Walaupun begitu, saiz kecil memberi kelebihan - Pulau Lang Tengah memiliki 4 buah resort yang menjamin lawatan yang selamat.

Apa pula tarikan kepada pulau kecil yang tenang ini? Sudah tentu kawasan laut terbaik untuk menyelam di Malaysia!
Papar Peta