<

Sunway Pyramid

Hanya beberapa minit dari Taman Tema Sunway Lagoon ialah Sunway Pyramid, pengalaman membeli-belah yang unik untuk pengunjung. Bermotifkan Mesir, pusat membeli-belah ini berada di dalam sebuah piramid yang besar, dengan monumen sfinks mengalu-alukan pengunjung di pintu masuknya.

Pusat membeli-belah bertemakan hiburan pertama di Malaysia, Sunway Pyramid merupakan tempat paling komprehensif di Malaysia bagi terapi membeli-belah. Asian Avenue di tingkat satu membolehkan pengunjung merasai fenomena fesyen terkini Asia. Digital Centre pula membolehkan anda menemui barangan digital terkini, sementara restoran dan cawangan makanan segera yang banyak memastikan anda dapat menambah tenaga untuk membeli-belah.

Untuk berehat, pengunjung boleh menonton filem di panggung wayang TGV, bermain boling di Sunway Mega Lanes, mencuba memanah di bawah bumbung atau memakai sepasang kasut luncur untuk bermain luncur ais di gelanggang dalaman pertama di Malaysia.
Papar Peta