<

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

FRIM menawarkan pengalaman kembali ke alam semula jadi dan masih kekal sebagai sebuah perkampungan Orang Asli lama. Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan ini menambahkan lagi suasana tenang di landskap yang kaya ini.

Terdapat empat laluan trek hutan: Denai Keruing, Trek Rover, Denai Engkabang dan Denai Salleh, semuanya akan membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.

Laluan Kanopi yang terletak 30m di atas tanah, menawarkan sudut pandangan yang sempurna untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika. Mereka yang berminat untuk mencuba laluan ini harus menempah terlebih dahulu kerana bilangan orang yang dibenarkan berjalan di titian kanopi ini setiap hari, adalah terhad kepada 250 orang.

Di FRIM, kemudahan perkhemahan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
Papar Peta