<

Taman Negara Similajau

Taman Negara Similajau, hanya 45 minit dari Bintulu, menyediakan percutian hujung minggu yang hebat untuk mereka yang tinggal di kawasan tengah Sarawak. Ia mempunyai salah satu kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan pasir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan.

Diwartakan pada tahun 1978, ia meliputi kawasan seluas 7,064 hektar hutan dara tepi pantai, bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara. Merentangi sepanjang 30km, ia penuh dengan flora dan fauna dan menjanjikan pengalaman menarik menjelajah berbatu-batu pantai kosong.

Fauna daratan di taman ini mempunyai 24 spesis mamalia yang direkodkan, seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang. Satu reptilia penting yang dijumpai di sini adalah Buaya Air Tawar.

Taman Negara ini juga telah merekodkan 230 spesis burung, termasuk burung kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork. Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh melihat ikan lumba-lumba berenang di kalangan ombak. Kadangkala, penyu naik ke darat untuk bertelur.
Papar Peta