<

Taman Marin Pulau Tiga

Pulau Tiga adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau yang membentuk Taman Pulau Tiga. Kawasan yang cantik dan persekitaran semulajadi yang tidak tercemar menarik Rangkaian TV CBS dari AS untuk menjadikannya sebagai lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal 'Survivor', dan menggelarnya sebagai 'Pulau Survivor'.

Pulau ini terbentuk hasil letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tidak aktif.

Beberapa muntahan lumpur gunung berapi yang telah sejuk, yang kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini. Ramai yang menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.

Bagi pencinta alam semulajadi, terdapat hutan hijau yang subur, serta pantai dengan pasir yang putih bersih dan air jernih yang tidak tercemar untuk dinikmati.

Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.
Papar Peta