<

Pulau Mabul

Pulau Mabul dikatakan salah sebuah lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut. Terletak di kawsan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah, ia dikelilingi oleh terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter.

Dengan keluasan 21 hektar, ia dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik di Sabah.

Menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun. Hidupan laut yang boleh dilihat di sini termasuk kuda laut, tapak sulaiman eksotik, ikan gobi "Fire", ikan buaya, ikan "Pipe", dan belut laut. Terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri.

Terdapat tiga buat resort untuk penginapan para penyelam – dua daripadanya terletak di pulau dan sebuah lagi di atas sebuah platfom minyak yang diubahsuai terletak kira-kira 500 meter dari pantai. Semua resort menyediakan bot ulang alik setiap hari untuk ke Pulau Sipadan dan Kipalai bagi pengunjung.
Papar Peta