<

Gua Kelam

Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.

Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjanh perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.
Papar Peta