Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula

      Hutan Paya Bakau Matang adalah ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Ekologi yang menjadi habitat bakau merentasi sepanjang kawasan berlumpur pantai barat di utara Perak sejauh hampir 50km ditambah pula sejauh 40km garisan pantai bagi sistem sungai yang terlindung dalam lingkungan 5 rizab muara sungai.

      Semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos dan April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di sini.

      Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.

      Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula telah memenangi anugerah bagi kategori "Tarikan Perlancongan Terbaik (Tarikan Alam Semula Jadi)" di Anugerah Pelancongan Malaysia, sebuah anugerah berprestij yang disampaikan kepada agensi dan pertubuhan yang menyumbang kepada pembangunan industri perlancongan di Malaysia.
      Papar Peta