Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      Bukit Larut

      Ia diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell, Penolong Residen British Perak. Mencapai ketinggian 1250 meter di atas paras laut, tempat yang paling basah di Malaysia, dengan hujan tahunan yang melebihi 500sm. Suhu udara di sini adalah sekitar 15 darjah celsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah sehingga 10 darjah celsius pada malam hari.

      Rumah kebun teh yang terletak di pertengahan jalan ke puncak bukit, suatu masa dahulu adalah pejabat ladang teh. Walau bagaimanapun, setelah daun teh tidak tumbuh dengan baik di sini, pihak British telah memindahkan usaha pertanian mereka ke Tanah Tinggi Cameron, yang menempatkan Ladang Teh Boh sekarang ini. Semua jenis bunga yang terdapat di Malaysia termasuk pokok palma gergasi 'fishtail' yang jarang ditemui dapat hidup segar di sini, manakala bunga tulip pula ditanam untuk tujuan eksperimen. Bunga matahari keemasan yang ditanam di sini adalah yang terbesar di negara ini.

      Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pesisiran pantai semenanjung dan Selat Melaka, menjangkau sehingga ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan. Pemandangan yang indah dapat dilihat di siang hari, dan kelihatan mempesonakan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, pemandangannya sering dikaburi oleh kumpulan awan pada waktu petang, terutamanya dari bulan September hingga ke Disember.
      Papar Peta