<

Bukit Jawa, Lenggong

Bukit Jawa ialah sebuah tapak terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik. Tapak ini pada kedudukan latitude 5˚ 07.72’ uatara dan longitude 100˚ 59.55’ timur, dengan ketinggian 104 meter di atas aras laut. Tapak ini telah ditemui oleh USM dan dijalankan kajian pada 1996.

Tapak ini telah ditemui oleh USM dan dijalankan kajian pada 1996. Tapak Bukit Jawa telah ditemui hasil pemetaan paleoalam tapak Kota Tampan yang mendedahkan semua lokasi yang mempunyai enapan kelikir sungai pada ketinggian melebihi 72 meter di atas aras laut berpontensi digunakan oleh masyarakat prasejarah.

Bukit Jawa mendedahkan bukti lapisan kelikir sungai enapan Sungai Perak kuno yang telah digunakan oleh masyarakat Paleolitik untuk dijadikan tempat membuat alat batu mereka pada sekitar 100,000 – 200, 000 tahun dahulu. Mereka menggunakan batu pelandas, batu teras dan batu pemukul untuk membuat alat pebel dan alat repehan. Aktiviti ini menghasilkan ratusan ribu sisa kerja dalam bentuk ketulan, repehan dan serpihan batuan.
Papar Peta