<

Khoo Kongsi

Sewaktu imigran pertama dari wilayah Hokkien, China tiba di Pulau Pinang, salah satu dari perkara awal yang dirancang ialah membina rumah puak. Kerja-kerja pembinaan bermula dalam tahun 1890 berakhir dengan terbinanya sebuah istana yang menyaingi istana Maharaja China. Menurut cerita, istana yang tersergam indah itu menjadi kemurkaan Tuhan dan pada malam pertama selepas rumah tersebut siap, satu kebakaran telah berlaku dan memusnahkan keseluruhan rumah! Pembinaan rumah puak yang baru bermula dalam tahun 1902.

Salah sebuah dari lima buah rumah puak masih berdiri kukuh di Georgetown, Khoo Kongsi menyerupai sebuah perkampungan puak yang kecil. Menjadi salah sebuah rumah puak terbesar di Pulau Pinang, Khoo Kongsi memaparkan ciri tiang tinggi dan kecil untuk menampung landai, bumbung berjubin merah yang dihiasi ukiran naga, burung phoenix, haiwan mistik dan pelbagai kisah popular dari lagenda Negara China.

Rumah puak turut mempunyai sebuah dewan besar yang dihiasi dengan ukiran gemerlapan dan rumit serta kaya dihiasi tiang-tiang yang dikatakan diukir oleh tukang kayu mahir dari Negara China. Rumah puak lain yang boleh ditemui di Pulau Pinang adalah Cheah Kongsi, Yeah Kongsi, Lim Kongsi dan Tan Kongsi.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta