<

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling didirikan oleh tentera dari Syarikat Hindia Timur yang menjadi antara penduduk India Muslim terawal di Pulau Pinang dalam penghujung tahun 1700. Beberapa tahun kemudian, komuniti India Muslim bertambah, menyebabkan mereka memerlukan masjid yang lebih besar. Dalam tahun 1801, komuniti yang diketuai oleh Cauder Mydin Merican atau turut digelar 'Kapitan Keling', dianugerahkan tanah seluas 18 ekar. Masjid satu tingkat yang diperbuat daripada batu ini telah menjalani beberapa kerja baikpulih.

Dikelilingi dinding rendah, masjid berwarna putih ini dihiasi dengan kubah kuning bergaya Moghul serta kubah-kubah kecil. Madrassah (tempat kelas agama diadakan) turut disediakan di dalam kawasan masjid. Menara tinggi yang pernah digunakan oleh bilal untuk melaungkan azan, terletak di penjuru Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta