<

Pulau Tioman

Kira-kira 56km di luar pesisir pantai Pahang ialah Pulau Tioman, syurga percutian di Laut China Selatan. Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia, Pulau Tioman ialah lokasi bagi muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut lagenda, pulau ini ialah tempat berehat mitos puteri naga. Air laut yang tenang serta jernih ini menjadikan Pulau Tioman syurga bagi penyelam.

Lihatlah pemandangan yang mengkagumkan seperti kipas laut Gorgonia, terumbu karang Tanduk Rusa, nudibrankia dan bunga karang yang indah.

Para penyelam boleh merasa teruja berenang bersama Belodok Karang Napoleon, Demuduk Berbelang Emas, Ikan Bayan Kepala Jendul dan sekumpulan ikan Delah.

Pulau ini ialah tempat yang ideal untuk berehat di bawah sinaran matahari. Berenang di dalam air laut berwarna kehijauan, berjalan-jalan di tepi pantai atau tidur lena mendengar deruan ombak. Terdapat beberapa buah kampung di sekitar pesisir pantai ini, paling besar ialah Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kehijauan Pulau Tioman menjadi rumah kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan kecil, termasuk rama-rama, biawak, rusa dan monyet. Flora dan faunanya pernah ditampilkan di dalam dokumentari oleh National Geographic. Pembentukan batu granit menjadikan destinasi ini sebuah ekspedisi memanjat batu yang hebat. Bagi pendaki yang sukakan pengambaraan, mereka boleh cuba memanjat cerun menegak menghadap Gunung Nenek Semukut atau Tanduk Naga. Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan penginapan mewah sekitar pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta