<

Muzium Warisan Baba Nyonya

Penduduk Cina Selat yang juga digelar Baba Nyonya, merupakan warga Cina berketurunan diraja yang telah banyak menerapkan nilai budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.Ini merupakan proses beransur-ansur yang memakan masa lebih 400 tahun sejak pengembara Cina yang hebat, iaitu Laksamana Cheng Ho yang mula-mula membawa penduduk Cina ke Negeri Melaka. Setelah berkurun lamanya, penduduk Baba Nyonya telah membentuk satu budaya yang berbeza dan sangat menarik dan unik di pantai barat Malaysia, terutamanya di negeri Melaka.

Orang ramai kini boleh melihat bahan-bahan artifak unik yang bersejarah berkaitan kebudayaan ini di sebuah muzium persendirian yang menawan, dikendalikan oleh komuniti Baba dan Nyonya Melaka. Adanya tembok bangunan warisan ini, membolehkan anda mengetahui dengan lebih banyak tentang budaya yang unik ini.

Muzium Warisan ini menawarkan pelancongan berpemandu (dengan tempahan), kemudahan penyelidikan dan audio visual. Memang berbaloi untuk dilawati!
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta