<

Paya Bakau Langkawi

Terletak di kawasan berceracak, singkapan batu kapur tajam dari Laut Andaman yang tenang kelihatan ajaib, hutan paya bakau di Langkawi adalah satu rangkaian sungai-sungai dan teluk-teluk kecil yang menjadi rumah kepada beratus-ratus spesis hidupan liar hutan endemik ini.

Antara yang paling menarik adalah layang-layang brahminy dan helang laut yang besar, bersarang di dalam batuan terjal. Salah satu cara terbaik untuk menjelajah hutan paya bakau ini adalah dengan menaiki boo-bot kecil yang disediakan.

Tarikan utama lawatan bot ke paya bakau adalah memberi makan kepada helang. Pengemudi bot anda akan mencampakkan makanan ke dalam air berdekatan bot anda dan menunggu burung besar ini mengelilingi anda dan terbang menjunam mengambil 'habuan' mereka.

Lawatan ke paya bakau terdiri daripada menjelajah hutan, eksplorasi gua, lawatan ke kampung-kampung, berenang di air pasang dan eksplorasi berpemandu melihat flora dan fauna paya bakau. Anda boleh menentukan apa yang paling sesuai untuk anda sebelum anda membuat tempahan.
Papar Peta