Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      Peace Park

      Peace Park di Layang-Layangan terletak berdekatan dengan Surrender Point, tempat di mana Angkatan Tentera Selatan Jepun ke-32 menyerah kalah kepada Angkatan Tentera DiRaja Australia ke-9 pada 9 September 1945. Tentera Jepun tiba di Labuan pada 1 Januari 1942, tidak sampai sebulan setelah memulakan kempen di Kota Bharu, Malaya. Mereka mengambil-alih pulau ini secara rasmi pada 3 haribulan, tanpa sebarang tentangan.

      Peace Park dibina bagi memperingati dan juga sebagai penolakan terhadap kengerian perang. Ia didominasi oleh arca peringatan yang dikelilingi oleh taman landskap dan balai pameran. Kolam-kolam kecil dengan jambatan batu dan bangku-bangku taman semuanya berinpirasikan negara Jepun. Sebuah arca gangsa bagi memperingati penyerahan itu dipasang pada bongkah batu besar berhampiran pintu masuk.
      Anda mungkin juga meminati
      Papar Peta