<

Memorial P. Ramlee

Jika anda bertanya sesiapa saja di Malaysia tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, antara jawapan yang akan diterima ialah senarai filem terkenal beliau. Antaranya ialah Bujang Lapok, Madu Tiga atau kisah lucu Keluarga 69. Allahyarham P. Ramlee artis serba boleh. Beliau seorang pelakon, penyanyi, komposer dan pengarah.

Pelakon hebat ini meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Hari ini, rumah yang pernah didiami oleh beliau dipelihara oleh kerajaan Malaysia dan dianggap sebagai warisan kebanggaan negara.

Rumah ini diubah menjadi sebuah memorial bagi mengekalkan memori beliau bersama isteri, pelakon berbakat, Saloma. 

Terdapat koleksi peribadi allahyarham seperti anugerah, gambar, barangan peribadi dan kenangan sepintas lalu kehidupan lelaki yang bermula dari bawah dan mudah mesra dengan sesiapa.
Papar Peta