<

Taman Burung KL

Taman Burung KL terletak di Taman Botani Perdana yang sangat cantik, 10 minit dari bandaraya Kuala Lumpur.

Ia menjadi rumah kepada lebih dari 3,000 burung, 200 spesis burung tempatan dan luar negara. Tarikan utama yang membezakan Taman Burung Kuala Lumpur dari taman burung lain adalah konsep terbang bebas.

Bersiar-siar di dalam taman, dan berpeluang untuk melihat itik Mandarin, burung helang, kenyalang, burung unta dan burung-burung lain.

Lawati Bilik Pengeraman Telur dan Taman Jagaan dan melihat bagaimana telur ayam dieram menggunakan inkubator.

Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan pelbagai spesis burung, dan menyertai program memberi makan dan pertunjukan burung setiap hari di dewan terbuka pada pukul 12.30 petang dan 3.30 petang setiap hari.
Papar Peta