<

Candi Pengkalan Bujang (Site 19, 22 dan 23), Pengkalan Bujang

Candi Pengkalan Bujang dipercayai dibina sekitar abad ke-10 hingga abad ke-14. Pengkalan Bujang merupakan salah satu kawasan pelaburan entrepot. Tapak Pengkalan Bujang telah dikenal pasti oleh Dr. Quaritch Wales dalam tinjauan beliau pada tahun 1936-37.Ekskavasi bermula dari tahun 1974 yang dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti. Manakala dari tahun 1986 hingga 1991, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dengan kerjasama pensyarah dan pelajar dari Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan projek ekskavasi di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Mukim Bujang, khususnya di tapak 23.

Ekskavasi di kompleks ini telah menemukan enam buah candi di dalam kawasan seluas 3.5 hektar. Ekskavasi ini dilaksanakan untuk mendapatkan data berkaitan kepadatan dan kepelbagaian artifak untuk kajian perbandingan dengan Sungai Mas. Seni bina candi ini berunsur Hindu-Buddha.
Papar Peta