<

Candi Bendang Dalam (Site 50), Bukit Batu Pahat

Asal tapak ini ditemui di Kampung Bendang Dalam Merbok iaitu di sebelah barat Sungai Bujang. Candi ini telah ditemui pada tahun 1960an dan pada tahun 1974, 1976 dan 1981 kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Candi tapak 50 adalah berunsur hindu dengan struktur utamanya adalah Vimana, Mandapa dengan bahagian Vimana berukuran sekitar 6.75 meter x 6.25 meter manakala bahagian Mandapa berukuran sekitar 6.75 meter x 6.20 meter. Bahan asas binaan candi ini adalah batu laterit dan kedua-dua bahagian ini dibina di atas permukaan tanah tanpa sebarang foundasi asas. Candi ini telah dibina pada sekitar kurun ke 12 hingga kurun ke 13 masehi.
Papar Peta