<

Bujang Valley Archaeological Museum, Bukit Batu Pahat

Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi. Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman. Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi. Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Papar Peta