<

Zoo Johor

Dibukan pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Zoo Johor adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia.

Pada asalnya ia dipanggil "taman haiwan", pengurusan zoo bersaiz sederhana ini telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada tahun 1960-an.

Anda akan dapat melihat singa yang garang, atau bermain dengan gajah yang mesra. Perhatikan buaya besar dari jarak yang selamat, atau bersiar-siar di sekeliling tasik sambil melihat burung akuatik.

Luangkan masa anda di zoo unik ini, dan kembali dengan kenangan yang indah dan memuaskan.

Zoo Johor dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia agak padat ketika musim cuti umum dan cuti sekolah, adalah lebih baik jika anda mengelak waktu puncak seperti ini jika anda tidak sukakan orang ramai. Bayaran masuk sebanyak RM 2 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan).
Papar Peta