<

Pulau Sibu

Pulau Sibu ialah tempat terpencil yang menyenangkan dengan tanaman tropika yang kaya, pantai keemasan yang tiada hujungnya dan air laut membiru. Pulau ini juga terkenal kerana memiliki banyak gua laut yang terhasil daripada batu. Pukulan ombak laut yang berterusan semasa musim monsun telah memberikan pulau ini rupa yang cantik namun agak kasar.

Kawasan laut di sekitarnya mengandungi terumbu karang yang mengasyikkan dan ditambah pula dengan hidupan marin yang berwarna-warni. Tinggalan bangkai kapal di luar pesisirnya juga boleh ditemui. Pada waktu dahulu, tongkang Cina dan kapal lanun selalu bertukar-tukar tembakan meriam di sekitar pulau ini, dan tinggalan perang ini berada berserakan di sekitar dasar laut.

Juga terdapat kemudahan untuk menyelam dasar laut, bersnorkel, meluncur angin, belayar dan mengumpan. Pelawat boleh pergi berjalan kaki meredah hutan membawa mereka ke paya bakau yang belum diusik atau melawat kelong, atau jeti, di mana ikan bilis ditangkap. Secara alternatif, pergilah ke kampung, untuk melihat sendiri bagaimana kelapa disangai untuk dijadikan kelapa kering.
Papar Peta