<

Legoland

Taman tema Legoland Malaysia, adalah yang pertama di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor. Ia terletak di kawasan seluas 76 ekar dan adalah taman teman keenam seumpamanya yang dibuka di dunia.

Taman tema Legoland yang dibina sebelum ini terletak di Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, Amerika Syarikat (1999), Jerman (2002) dan Florida, Syarikat (2005).

Legoland mempunyai lebih 40 tarikan yang dibina khusus untuk seisi keluarga. Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk Miniland, di mana lebih 30 juta bongkah lego digunakan untuk membina monument terkenal dunia seperti Menara Kembar Petronas, Merlion, Taj Mahal, Candi Borobodur dan lain-lain.

Bangunan ini direka menggunakan bongkah lego dengan skala 1:20. Yang menariknya, anda boleh melihat karya ini ‘hidup’ dengan hanya menekan butang, dan menyaksikan kapal terbang, keretapi dan pejalan kaki bergerak! Tarikan lain di taman tema ini termasuk Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic.

Di taman tema tersebut, terdapat juga Menara Pemerhati, struktur tertinggi di Legoland Malaysia kira-kira 60 meter di atas tanah. Ini adalah juga menara pemerhati ketiga Legoland yang dibina di dunia, setelah menara yang sama dibina di Denmark dan Jerman.

Legoland benar-benar suatu taman teman yang menakjubkan dan sesuai dikunjungi seisi keluarga!
Papar Peta