Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      Gunung Ledang

      Diselubungi lagenda mistik dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menimbulkan rasa ingin tahu penduduk tempatan dan pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka mahu mengahwini Puteri itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Sultan lalu meminta Sultan mempersembahkan tujuh balang air mata wanita, tujuh dulang hati nyamuk serta tujuh mangkuk darah anak Sultan. Sultan tidak dapat memenuhi permintaan mustahil ini, lalu Puteri itu melarikan diri ke gunung serta terus hidup di dalam gua yang tersembunyi, hingga ke hari ini.

      Gunung ini sangat ideal untuk pelbagai aktiviti luar dengan denai gunung yang mencabar, air terjun yang dingin, serta flora dan fauna eksotik termasuk berbagai-bagai spesis burung. Melalui puncak yang agak rata, 1.276m di atas paras laut, pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pesisiran pantai Sumatra dapat dilihat pada hari yang cerah. Air Terjun Sagil di kaki gunung juga merupakan tempat perkelahan yang popular.
      Papar Peta