<

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Pahang

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, di Pahang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat gajah Malaysia.

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ini akan memberikan anda peluang mempelajari sifat haiwan ini.

Anda akan berpeluang untuk menunggang gajah dan masuk ke dalam hutan, dengan bantuan petugas, atau gembala gajah.

Bagi mereka yang berani dan sukakan pengembaraan, anda berpeluang membawa gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada yang lebih hebat jika dapat menyentuh haiwan ini.

Dianggarkan hanya tinggal 1,200 ekor gajah liar Asia, juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan ini satu-satunya pusat perlindungan yang dibina untuk menempatkan semula haiwan ini.

Gajah telah diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan sebuah pusat perlindungan yang selamat di hutan.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta