<

Tasik Dayang Bunting

Pulau ini, kira-kira 20km dari pekan Kuah, memiliki populasi sederhana di sebelah bahagian pulau dan tidak berpenghuni di bahagian sebelah lagi di mana tasik ini berada.

Lagenda Tasik Dayang Bunting berbunyi begini: Kolam mandi kegemaran puteri kayangan bernama Mambang Sari telah dikatakan menjadi Tasik Dayang Bunting. Seorang putera, telah jatuh cinta dengannya dan membuat helah untuk memperdaya puteri ini supaya mengahwininya.

Malangnya, anak mereka mati akibat penyakit misteri semasa berusia tujuh hari. Akibat fikiran yang celaru, Mambang Sari yang sedang sedih meninggalkan mayat anaknya di tasik ini dan kembali tinggal di kayangan. Hari ini, sesetengah orang percaya bahawa wanita yang mandul, mandi di tasik ini akan dikurniakan anak.
Papar Peta