<

Lembah Bujang, Kedah

Lembah Bujang merupakan kompleks bersejarah yang terletak berdekatan Merbok, Kedah. Dahulunya tapak ini ialah sebuah empayar, Empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu purba bertarikh beberapa kurun awal sehingga kurun ke-12, ini merupakan kawasan arkeologi terkaya di Malaysia.

Tahun-tahun berlalu, banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang - celadon, tembikar, perkakas batu, tanah liat , cebisan kaca, manik dan seramik Parsi - bukti yang menandakan Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan entrepot di rantau ini.

Lebih daripada 50 buah kuil purba Hindu atau Buddha, yang dipanggil candi, juga telah ditemui, menambah semangat kerohanian tempat ini. Kuil yang paling terpelihara terletak di Pengkalan Bayang Merbok, juga di mana terletaknya Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Muzium ini merupakan muzium arkeologi pertama dibina di Malaysia, di bawah Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Papar Peta