<

Taman Tema Sunway Lagoon, Selangor

Mahukan sedikit keseronokan dalam percutian anda tanpa perlu meninggalkan bandar? Pergilah ke Sunway Lagoon, taman tema yang telah memenangi pelbagai anugerah yang terletak hanya 15 minit dari Kuala Lumpur. Di sini anda akan menemui lima taman tema berlainan di dalam satu destinasi yang mengagumkan, dengan lebih daripada 80 permainan dan tarikan untuk dipilih.

Anda boleh memilih untuk pergi ke Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem atau Taman Jeritan, atau habiskan keseluruhan hari anda dengan merasai kesemuanya. Rasai pengalaman berada di pantai berpasir untuk meluncur, jambatan gantung untuk laluan pejalan kaki terpanjang di dunia, permainan pelancar tertinggi di Asia, zoo interaktif pertama Malaysia dan laluan keluang 'flying fox' terpanjang di Asia.

Pantai Meluncur sepanjang 13,000 meter persegi ini memukul ombak setinggi 8 kaki. Ibu bapa boleh merendam kaki sementara anak-anak mereka boleh bermain pasir. Bagi mereka yang mahukan lebih pengembaraan, ambil papan luncur dan mulalah meluncur!

Tarikan lain termasuklah permainan perang paintball, berbasikal mendaki gunung, memanjat dinding, melompat bungee, go-kart, menaiki kenderaan ATV, Teater Pontianak, dan perang laser Terminator, ini hanya sebilangan daripadanya.

Sunway Lagoon secara konsisten telah diiktiraf sebagai Tarikan Terbaik Asia oleh Persatuan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA) untuk empat tahun berturut-turut (2007-2010). Sunway Lagoon ditutup setiap Selasa, kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah Malaysia.
Papar Peta