<

KidZania, Selangor

Pertama kali diasaskan di Mexico City pada 1999, taman tema ini turut dibina di lapan bandaraya serata dunia termasuk Monterrey, Tokyo, Dubai dan Seoul.

Malaysia adalah rumah terbarunya; suatu tempat di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi orang dewasa dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang disediakan khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 14 tahun.

Terdapat 60 ‘syarikat’ di KidZania yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk ‘bekerja’ seperti ibu bapa mereka, samada sebagai seorang juruterbang, tukang masak, peguam mahupun doktor gigi.

Terdapat suatu ruangan khas untuk bayi juga, yang dikenali sebagai ‘Rumah Urbano’. Di sini, kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke bawah berpeluang mendengarkan kisah penceritaan (Story-telling), memasak makanan kegemaran mereka, mewarna, dan banyak lagi.

Jangan lupa berkunjung ke KidZania, bandar yang dibina khusus untuk kanak-kanak!
Papar Peta