<

Persiaran Gurney, Pulau Pinang

Gurney Drive adalah tempat terbaik untuk menikmati makanan yang lazat di Pulau Pinang. Persiaran pinggir laut yang terkenal menyerlahkan warna dan suasana di Pulau Pinang - riang, ceria dan meriah. Ia juga dikenali sebagai "Persiaran Gurney" di dalam bahasa Melayu, Gurney Drive menawarkan pelbagai jenis makanan dari masakan tepi jalan hingga ke masakan mewah.

Terdapat banyak medan selera dan gerai penjaja secara terbuka di tepi laut, yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak sehingga waktu malam. Makanan tempatan seperti Laksa Penang, Bak Kuk Teh (rusuk dan daging khinzir yang direbus bersama herba), Oh Chien (telur dadar tiram goreng), sotong panggang, dan nasi lemak adalah antara hidangan yang membuka selera. Medan Selera New Gurney Drive mempunyai kedua-dua bahagian halal dan tidak halal, dan dibuka dari pukul 6 petang.

Jika anda ingin menikmati makanan selain daripada makanan gerai, anda boleh mencuba dim sum panas di Restoran Corner Club. Bagi mereka yang menjaga badan, Mr. Pot yang buka 24 jam menawarkan pelbagai jenis sandwic dan roti bakar, set sarapan sepanjang hari, serta makanan sihat dan bebas minyak.

Persiaran ini juga mempunyai daya tarikan yang lain, jadi ia amatlah berbaloi untuk berhenti di sini walaupun ketika anda sedang berdiet. Pada waktu awal pagi anda boleh berjalan-jalan melihat orang berjoging di tepi jalan dan orang tua melakukan tai chi.

Terletak berdekatan, di sepanjang Lorong Burma, adalah tokong orang Myanmar yang pertama di sini. Tokong Dharmikarama Orang Myanmar yang dibina pada pada tahun 1803 ini mempunyai bumbung berwarna emas yang berkilat, pagoda, pokok Boddhi yang besar dan perigi permintaan.

Tokong Wat Chaiya Mangkalaram yang terletak berdekatan menyambut penyembah dan pelawat dengan seni binanya yang unik:bucu atap yang tajam, siling yang hebat dan imej naga Asia. Tokong ini dibina pada tahun 1845, dengan patung Buddha berbaring yang besar sepanjang 108 kaki di dalam dindingnya, yang merupakan patung Buddha ketiga terbesar di dunia.
Anda mungkin juga meminati
Papar Peta