<

Aquaria KLCC, Kuala Lumpur

Terletak di tengah-tengah kesibukan Segitiga Emas dan dalam jarak berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas, Aquaria KLCC adalah sebuah akuarium hebat yang menempatkan lebih 5,000 pameran hidupan akuatik dan darat di ruang pameran bertingkat di Tingkat Concourse bagi Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Dari perairan tropika kawasan Asia hingga ke hutan hujan di seluruh dunia, Aquaria KLCC membawa anda menikmati perjalanan menjelajah alam semulajadi hidupan laut yang mengagumkan serta melihat tingkah laku unik haiwan dan binatang merayap di atas air.

Nikmati pengalaman akuatik yang terbaik (tanpa perlu membasahkan kaki anda!) di saat anda mula melangkah masuk ke Aquaria KLCC. Sebuah kajian mengenai aliran air semulajadi dari tanah tinggi ke sungai dan laut dalam disediakan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengunjung mengenai kepentingan air sebagai habitat dan ekosistem.

Antara tarikan di sini termasuklah tangki terowong 90 meter dengan travelator bergerak di mana anda boleh melihat jerung Sand Togers, ikan pari, penyu laut dan hidupan laut yang lain berenang bebas di dalam oseanarium luas, pertunjukan secara langsung oleh penyelam yang memberi makanan kepada hidupan ini pada waktu makan dan peluang yang jarang anda perolehi untuk menyentuh tapak sulaiman dan jerung Bamboo di kawasan kolam Sentuh.
Papar Peta