<

Menara Alor Setar, Kedah

Terletak di tengah-tengah Alor Setar, menara setinggi 165.5 meter ini merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Ia merupakan mercu tanda terkenal dan moden yang menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah.

Restoran Berputar Seri Angkasa yang terletak di tingkat teratas menghidangkan pelbagai hidangan tempatan serta antarabangsa. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan menakjubkan Alor Setar dan Butterworth yang berada berdekatan. Pada hari yang cerah, anda juga mungkin dapat melihat negara jiran, Thailand!

Selain daripada menjadi mercu tanda, menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.

Tiket untuk ke dek pemerhatian bernilai RM 6 bagi orang dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak ( harga tertaluk kepada perubahan). Kedai cenderamata di tingkat ini memastikan pemandangan memukau dapat dijadikan buah tangan yang boleh dibawa pulang.
Papar Peta