Hiburan yang tidak pernah berhenti - Genting Highlands

Terletak di atas Gunung Ulu Kali kira-kira 1,800m di atas paras laut, Genting Highlands adalah sebuah resort bukit yang terulung dengan hotel, taman tema, kasino, tempat makan, hiburan dan membeli-belah. Cuaca sejuk dan dekat ke Kuala Lumpur - kira-kira satu jam pemanduan – menjadikan ianya percutian tanah tinggi yang popular di kalangan warga kota. Genting Highlands juga hanya satu-satunya tempat perjudian yang dilesenkan di Malaysia.
Papar Peta