<

Perahu Layar dan Kapal Pelayaran

Kelab-kelab pelayaran dan marin yang semakin bertambah di seluruh Malaysia telah membuka peluang kepada pelayar untuk mengukuhkan perahu layar masing-masing dan belayar bersama angin tropika yang nyaman ke destinasi menarik yang baru.

Terletak di antara satu dan tujuh darjah ke utara Khatulistiwa, Malaysia biasanya menikmati cuaca panas dan lembab yang nyaman di sepanjang tahun. Musim monsun timur laut yang basah bertiup dari bulan November sehingga Mac, di sepanjang pantai timur Semenanjung dan juga Sarawak dan Sabah.

Walaupun pada musim ini, terdapat tempoh cuaca yang baik dan laut yang lancar. Monsun baratdaya bertiup dari bulan April sehingga Oktober. Biasanya, pelayar yang ke barat belayar semasa monsun timur laut dan pelayar ke timur belayar semasa monsun baratdaya.

Menurut sejarah, negara ini telah menjadi pusat persinggahan kapal-kapal para pedagang dan ia berterusan sehingga ke hari ini. Selat Melaka di sebelah barat adalah jalan utama kepada pelayar yang mengembara dari Australia ke Thailand, Afrika and Eropah.

Pantai Timur adalah lebih tenang dengan pulau-pulau yang menawarkan tempat terbaik untuk persinggahan, bersantai, menyelam dan menambah bekalan keperluan. Pelabuhan yang utama adalah Mersing, Kuantan, Kuala Dungun, Marang, dan Kuala Terengganu sementara pulau yang mempersonakan adalah Tioman, Perhentian, Redang and Kapas juga menyediakan perkhidmatan asas.

Malaysia Timur semakin popular untuk aktiviti perahu layar dan sebagai persinggahan untuk bot-bot layar dari pesisir pantai yang jauh. Pelayar yang sampai ke Sabah dari timur boleh belayar ke barat di sepanjang pantai dan berhenti di destinasi-destinasi menarik sebelum meneruskan pelayaran ke Semenanjung Malaysia.