<

Bermain Golf

Malaysia mempunyai bilangan banyak padang golf yang berjumlah hampir 200 padang untuk sebuah negara yang hanya berkeluasan 330,000 km persegi. Dikurniakan dengan kepelbagaian landskap, padang golf yang cantik boleh didapati di tanah tinggi yang sejuk, di tepi pantai, di sebalik rimbunan hutan atau dikelilingi oleh bangunan pencakar langit.

Banyak perhatian dan penjagaan yang rapi diberikan untuk keselesaan yang bertaraf dunia, pemandangan indah dan tarikan persekitaran percutian untuk percutian yang terbaik. Kebanyakan padang golf yang dibina adalah sebahagian daripada resort 5 bintang dan kelab mewah untuk keselesaan para pemain golf yang bijak memilih. Malah, sebahagian daripada padang bertaraf antarabangsa ini direka oleh orang seperti Jack Nicklaus, Robert Trent-Jones, Max Wexler, Ted Parslow dan lain-lain pakar golf.

Dengan komuniti penggemar golf yang besar, terdapat pertandingan untuk semua peringkat diadakan dalam negara. Terdapat juga beberapa majalah tentang golf di Malaysia serta beberapa laman web yang boleh dikunjungi. Peralatan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak kedai sukan di ibukota yang menawarkan peralatan golf serta aksesori terbaik dengan harga berpatutan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej golf, sila layari Persatuan perlancongan golf Malaysia (MGTA) di laman www.mgta.com.my.