<

Spa

Amalan mementingkan kesihatan dan penjagaan diri telah menjadi sebahagian daripada budaya orang Timur sejak berzaman. Di Malaysia, beberapa pengaruh daripada terapi yang diamalkan pada zaman dahulu kala diselitkan pula dengan kaedah terapi spa moden dalam suasana mengikut kehendak pereka, yang memberikan anda satu pengalaman yang menyeronokkan.

Di Malaysia, anda boleh temui beberapa panduan kecantikan dan penjagaan diri yang diamalkan oleh orang-orang Jawa zaman dahulu, rawatan tradisi Ayurveda dari India, dan refleksologi, akutekanan dan amalan Shiatsu yang diasaskan di China. Tukang urut adalah mereka yang terlatih dan memahami secara mendalam setiap inci tubuh badan manusia, menyediakan resipi herba untuk mandian, minyak urut dan skrub.

Berlatar belakangkan suasana tropika yang subur menghijau, dan dipersembahkan dengan buah-buahan segar yang berkhasiat dan dinyahtoksin serta minuman herba, kebanyakan spa mewah ini juga dilengkapi dengan jakuzi, bilik stim, sauna, kolam renang dan mandi berganda. Baru-baru ini terdapat semakin ramai yang membuka pusat spa di ibu kota Kuala Lumpur, tetapi kebanyakan spa terletak di pusat peranginan di hutan hujan tropika yang menghijau dan ada juga spa yang terletak menghadap pantai.

Pemeriksaan kesihatan yang kerap akan memastikan kesihatan fizikal kita terpelihara, sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa sesi rawatan spa yang kerap tidak kurang pentingnya kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan mental tetapi juga berfungsi sepertimana minyak yang diperlukan untuk menggerakkan sesebuah mesin dalam keadaan baik. Malaysia menyediakan suasana yang tenang dan indah bagi ritual-ritual kesihatan yang antara tertua di dunia.