<

Membeli belah

Rakyat Malaysia suka membeli-belah, oleh itu terdapat banyak pusat membeli-belah mewah, gudang dan gerai di tepian jalan di Kuala Lumpur. Barangan yang dijual antaranya perkakas eletronik terbaru di samping rangkaian produk yang sering berubah termasuklah koleksi jenama terkenal dari pusat fesyen sedunia. Masa yang paling sesuai untuk yang gemar membeli-belah adalah semasa Karnival Jualan Mega 1Malaysia yang berlangsung dari bulan Jun hingga September setiap tahun.

Pengecualian cukai ke atas sesetangah barangan telah menjadikan membeli-belah di Malaysia lebih menarik. Barangan bebas cukai termasuklah kamera, jam tangan, pen, kosmetik, minyak wangi, telefon bimbit, komputer, rokok dan minuman keras adalah antara yang termurah di dunia. Jika anda ingin membeli barangan tersebut, kunjungilah pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi dan juga kedai bebas cukai di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, lapangan terbang antarabangsa dan pusat bandaraya.

Peraturan tempatan menetapkan semua barangan dilabelkan dan dipamerkan harganya terutama sekali di kompleks membeli-belah di mana harga barangan adalah tetap. Di sini juga terletaknya bank, kaunter tukaran wang asing, pasar raya dan kedai-kedai yang menawarkan bermacam-macam jenis barangan.

Untuk bersantai sambil membeli-belah, terdapat gerai-gerai di tepi jalan, bazar dan juga pasar malam di seluruh negara. Jangan lupa untuk mengunjungi pasar malam yang sibuk dan berwarna-warni diadakan di kebanyakan kawasan pada hari-hari yang tertentu dalam seminggu. Terdapat berbagai barangan boleh didapati seperti makanan dan buah-buahan tempatan yang murah jika anda bijak tawar-menawar. Ianya berlangsung dalam suasana yang gembira kerana penjual-penjual sangat peramah dan bersungguh-sungguh.