<

Char Kway Teow

‘Char Kway Teow’ atau ‘jaluran kueh beras yang digoreng’ adalah sememangnya salah satu daripada makanan paling terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Namanya diambil dari istilah Hokkien untuk 'goreng' iaitu 'char', sementara 'kway teow' merujuk kepada 'mi tepung beras leper', yang merupakan bahan utamanya. Bahan utama itu digoreng di atas api yang sangat panas dengan kicap cair dan pekat, cili, bersama udang, isi kerang, tauge, daun kucai cina dan telur. Di kalangan komuniti cina, char kway teow secara tradisi digoreng menggunakan lemak khinzir dengan kruton rangup lemak khinzir dan dihidangkan di atas daun pisang atau pinggan. Kadangkala, hirisan sosej cina atau kek ikan ditambah untuk menyerlahkan rasanya.

Pada asalnya ia dianggap sebagai makanan orang miskin, biasanya dimakan oleh gulungan buruh, petani, nelayan dan pemungut kerang, hari ini makanan tersebut telah berkembang menjadi makanan yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia - tetapi dengan beberapa bahan dikeluarkan untuk mematuhi garis panduan 'halal' untuk komuniti Muslim. Sebaik sahaja hidangan ini menjadi lebih meluas, ramai tukang masak telah menghasilkan versi 'char kway teow' mereka sendiri tetapi dengan bahan yang diperlukan adalah sama. 'Char kway teow' telah dikatakan berasal dari Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei) tetapi atas persetujuan bersama menyatakan bahawa 'char kway teow Pulau Pinang' adalah di senarai teratas dari segi rasa dan keaslian. Di Kampar, Perak, hidangan ini dimasak bersama kerang tanpa udang, melainkan atas permintaan. Di Malaysia Timur, bahan lain yang digunakan dalam memasak hidangan ini termasuklah daging, bawang, sos soya manis dsb. Terdapat juga yang dipanggil char kway teow 'versi gourmet', terutamanya di Ipoh, Pulau Pinang, Taiping dan juga di Lembah Klang, di mana makanan laut seperti daging ketam dan juga telur itik ditambah untuk menyesuaikan rasanya yang sebenar.