Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      Kesihatan dan Keselamatan

      Penyahhidratan & Selaran Matahari


      Cuaca panas berlaku sepanjang tahun di negara ini. Penjagaan khas daripada selaran matahari perlu sentiasa dilakukan. Kekurangan air dan kehilangan garam dalam badan disebabkan perpeluhan adalah dua lagi masalah lazim bagi pelancong. Minum banyak air untuk menggantikan kehilangan garam di tubuh anda. Pastikan anda menyiapkan pakaian sesuai untuk cuaca panas dan lembap.

      Nyamuk


      Disebabkan cuaca yang sentiasa lembap, kehadiran nyamuk wujud sepanjang tahun. Tiga penyakit paling signifikan yang disebarkan oleh nyamuk ialah Malaria, Demam Denggi dan Japanese Encephalitis B. Untuk menghalang nyamuk, kutu dan arthropod lain, sapukan krim anti-nyamuk yang mengandungi DEET pada pakaian atau kulit anda.

      Risiko malaria bagi kebanyakan pelancong yang melawat Semenanjung Malaysia adalah amat kecil. Risiko di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan bandar-bandar utama lain adalah tidak jelas. Namun begitu, di Malaysia Timur, risiko malaria wujud sepanjang tahun. Walaupun di kawasan ini, risiko biasanya di luar dataran pesisir pantai dan ke arah sempadan. Umumnya, prophylaxis disarankan untuk sesiapa yang melawat Sabah dan Sarawak.


      Demam Kuning


      Tiada risiko demam kuning di Malaysia. Sijil vaksinasi demam kuning diperlukan untuk kemasukan ke negara ini jika anda datang dari Amerika Selatan atau sub-Sahara Afrika.

      Makanan


      Secara amnya, aras kebersihan makanan di seluruh negara adalah tinggi. Akan tetapi, pastikan makanan dan air minuman anda adalah selamat. Berhati-hati dengan makanan daripada penjual tepi jalan. Minum hanya air botol atau air dididihkan , atau air berkarbonat (buih) dalam tin atau botol. Jika boleh elakkan air paip, air dari pancuran air, dan kiub ais. Bawa sekali tablet iodin dan penapis air mudah bawa untuk menapis air jika air botol tiada. Juga, bersihkan tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air. Sebagai keselamatan tambahan, bawakan sekali ubatan anti cirit-birit dan antibiotik yang diberikan oleh doktor untuk mengubati sendiri cirit-birit sederhana hingga teruk.

      Vaksinasi


      Vaksinasi disarankan:Poliomyelitis (suntikan penggalak), Tetanus (suntikan penggalak), Tifoid (penyakit bawaan makanan & minuman), Hepatitis A (penyakit bawaan makanan & minuman).

      Bagi mereka yang menjelajah keluar bandar atau pekan, vaksin yang turut disarankan adalah Hepatitis B, Anjing Gila, Radang Encephalitis, Batuk Kering dan Radang Meningitis. Untuk mereka yang melawat Sabah dan Sarawak, prophylaxis Malaria amatlah disarankan.