<

Rakyat

Pengenalan


Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta seni binanya memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Untuk memahami budaya Malaysia, anda perlu mengenali rakyatnya terlebih dahulu.

Jelajahi Dunia dengan kepelbagaian yang Menarik


Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri.

Melayu

Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni.

Cina

Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Tiga sub-kumpulan yang bertutur dalam dialek Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya tinggal di Pulau Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor.

India

Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah.

Kumpulan Etnik Bumiputera


Orang Asli

Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama: Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman tengah dan Melayu Proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai bahasa dan budayanya sendiri. Ada yang merupakan nelayan, petani, dan ada juga yang berpindah-randah.

Sabah

Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.

Kadazan Dusun

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman Sabah.

Bajau

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15% jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat ini dipanggil 'Koboi dari Timur' kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang dipertontonkan kepada umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud.

Murut

Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di Sabah, pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik.

Sarawak

Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

Iban

Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban membentuk 30% daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara salah faham mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan. Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.

Bidayuh

Sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah, orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian.

Orang Ulu

Juga dikenali sebagai suku kaum hulu sungai Sarawak. Mereka membentuk kira-kira 5.5% dari penduduk Sarawak, terdapat lebih dari 100,000 suku kaum Orang Ulu yang berbeza. Memang boleh dikatakan yang mereka adalah orang yang paling artistik di Borneo, rumah panjang mereka yang besar dipenuhi hiasan yang berlebihan dengan mural dan ukiran kayu yang sangat indah; peralatan mereka dicantikkan dengan hiasan kerja manik yang rumit; dan wanita dari golongan bangsawan menutupi badan mereka dengan lukisan tatu yang sangat perinci dan halus.