<

Mengenai Malaysia

Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.

Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.

Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.

Untuk percutian yang sempurna, pengalaman budaya yang pelbagai dan keajaiban semula jadi, sekarang waktunya untuk melawat Malaysia.

*Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh didapati daripada portal rasmi kerajaan Malaysia, www.malaysia.gov.my.